04Feb
Pengerusi Majlis Tertinggi Pendidikan al-Hikmah (MTPAH)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dr. Muhamad Razak Idris di atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Majlis Tertinggi Pendidikan al-Hikmah (MTPAH).
Sesungguhnya, pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap kepimpinan, dedikasi, serta sumbangan luas beliau dalam bidang pendidikan dan pembangunan ummah.
Semoga di bawah teraju kepimpinan beliau, MTPAH akan terus cemerlang dalam memartabatkan agenda pendidikan berteraskan hikmah demi masa depan generasi yang lebih gemilang.
Selamat menjalankan amanah dan semoga sentiasa di bawah peliharaan Allah SWT.