02Feb
Kejayaan dalam Hijab Day pada 2 Februari, 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Hewi PKPIM, Helwa ABIM dan lain-lain organisasi yang telah bekerjasama menganjurkan sambutan ‘Hijab Day’ pada 2 Februari, 2026 bermula jam 2 petang hingga 9 malam di Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB). Program dimulakan dengan Podcast ‘Hijab: Pilihan, Perjalanan atau Tekanan’ yang menampilkan Dr. Fatin Nur Majdina (Naib Presiden ABIM – Helwa), Fatin Nabilah (Ketua Biro Pembangunan Wanita ABIM) dan Nur Farah Fakhira (Naib Presiden PKPIM – HEWI) sebagai ahli panel.
Peserta kemudiannya bergerak ke aktiviti lapangan disepanjang jalan Bukit Bintang bertemu dengan orang ramai secara rawak dan menawarkan pemakaian hijab kepada yang berminat. Beberapa orang pejalan kaki telah berminat untuk mencuba memakai hijab dan mereka sangat teruja dengan pengalaman yang diberikan. Peserta kemudiannya berkumpul semula di OOBB untuk solat Maghrib, makan malam dan sesi refleksi. Para peserta berkongsi pengalaman peribadi mereka memakai hijab dan juga refleksi program yang telah diadakan untuk penambahbaikkan.
Seramai empat orang pelajar wanita dari Kolej Dar al-Hikmah turut hadir di program ini. Mereka sangat teruja dapat bertemu dengan pimpinan Hewi PKPIM, Helwa ABIM dan semua peserta yang hadir. Pengalaman mengikuti aktiviti lapangan disepanjang jalan Bukit Bintang merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat mereka. Pihak KDH akan terus memberikan sokongan kepada para pelajar untuk terlibat dalam program-program yang bermanfaat seperti ini.