DIPLOMA PSIKOLOGI (R3/0313/4/0028) (A 7310) (08/2030)

Sinopsis Program Diploma

Objektif program ini adalah untuk membina pelajar yang mempunyai asas ilmu psikologi yang kukuh serta memiliki sahsiah dan adab yang sesuai dengan nilai-nilai Islam. Para pelajar program ini dilatih untuk dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam memberi khidmat psikologi kepada masyarakat serta menjadi ‘role model’ generasi ilmuwan ulu’l-albab. Pendekatan yang bersifat ‘personalised touch’ atau ‘suhbah’ pengajar–penuntut yang merupakan ciri utama pembelajaran di sini diharap dapat membantu melahirkan graduan yang mempunyai keseimbangan emosi, spiritual, jasmani dan kognitif serta berkeyakinan tinggi dan kompeten dalam kerjaya masing-masing.

Hasil Pembelajaran Program (Programme Outcome)

  1. Menguasai ilmu asas dan pelbagai teori dalam semua subjek psikologi.
  2. Mengenalpasti permasalahan psikologi secara holistik dan berupaya menanganinya dengan cekap.
  3. Boleh mentadbir dan mengaplikasi inventori psikologi dan mengendalikan latihan yang berkaitan dengan pembangunan diri dan kerjaya.
  4. Berkemampuan berkomunikasi dan beradaptasi dengan individu dan masyarakat daripada pelbagai budaya.
  5. Berupaya meramal sesuatu tingkah laku yang akan terjadi terhadap seseorang berdasarkan teori yang dipelajari.
  6. Mampu menjelaskan pengetahuan tentang fakta psikologi dan hubungan antara tingkah laku manusia.
  7. Cekap menggunakan kemahiran ICT dan pengurusan pemfailan untuk menyambung pengajian dan kegunaan di tempat kerja mereka kelak.
  8. Berupaya mempengaruhi seseorang ke arah tingkah laku dan kehidupan yang lebih baik dan sihat (role model).

Laluan Kerjaya

  1. Pembantu Pegawai Psikologi (dalam pelbagai bidang ie. sukan, industri dan organisasi, keagamaan dan lain-lain)
  2. Pekerja Perkhidmatan Sosial
  3. Agen Khidmat pelanggan

Laluan Menyambung Pengajian

Semua IPTA dan IPTS

Memiliki SPM atau yang setaraf dengan minimum Kepujian dalam 3 mata pelajaran dan lulus Matematik dan Sains;
Mata Pelajaran Kredit
MATAPELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU)
Bina Insan al-Hikmah 2
Asas Pengurusan dan Keusahawanan 3
Integriti dan Anti Rasuah 3
Pengajian Malaysia / Bahasa Melayu Komunikasi 3
MAJOR
Pengantar Psikologi 3
Psikologi Perkembangan Manusia 3
Pengantar Bimbingan dan Kaunseling 3
Psikologi Pembelajaran 3
Psikologi Sosial 3
Statistik untuk Sains Sosial 3
Teori Kaunseling dan Psikoterapi 3
Ujian dan Pengukuran dalam Sains Sosial 3
Psikologi Kognitif 3
Psikologi Fisiologi 3
Psikologi Personaliti 3
Psikologi dalam Perspektif Islam 3
Psikologi Bilazim 3
Motivasi dalam Organisasi 3
Psikologi Industri dan Organisasi 3
Manusia dalam Al-Quran dan Al-Sunnah 3
WAJIB KOLEJ
Fiqh Islami 3
Metodologi Penyelidikan 3
Projek Akhir 3
BAHASA
Bahasa Arab Tahap I 2
Bahasa Arab Tahap II 2
English Level I 2
English Level II 2
English Level III 2
English Level IV 2
ELEKTIF
Elektif 12
JUMLAH KREDIT: 92
Skip to content