DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (N/143/4/0120)(07/2021)

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (N/143/4/0120) (07/2021)

Sinopsis Program Diploma

Objektif program ini adalah untuk membina para pelajar yang menguasai ilmu pendidikan awal kanak-kanak yang luas serta mampu menyuburkan potensi dan kemahiran kanak-kanak dalam aspek fizikal, kognitif, emosi, dan pengamalan nilai-nilai murni. Selain itu program ini juga mampu menyediakan graduan yang berketrampilan sebagai pendidik dan warga kerja yang berkemahiran dalam memenuhi peranan mengajar, mendidik, mengasuh, memimpin, membentuk watak kanak-kanak serta mengurus institusi pendidikan awal kanak-kanak dengan berkesan.

Hasil Pembelajaran Program (Programme Outcome)

  1. Memiliki pengetahuan dan kefahaman luas tentang asas-asas bidang pendidikan awal kanak-kanak.
  2. Berupaya merancang dan melaksanakan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak serta memupuk pembelajaran dan pembangunan mereka.
  3. Boleh menyedia dan mengekalkan persekitaran yang selamat dan sihat untuk perkembangan kanak-kanak.
  4. Mempamerkan komitmen terhadap profesionalisme pada nilai, sikap dan etika kerja.
  5. Dapat berkomunikasi secara efektif dengan kanak-kanak, rakan sekerja, keluarga dan komuniti.
  6. Berupaya menggunakan kemahiran penyelesaian masalah, refleksi diri, kemahiran saintifik dan pemikiran kreatif dalam pendidikan awal kanak-kanak.
  7. Berupaya mengumpul, memilih dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan pengetahuan pembelajaran awal kanak-kanak bagi pembangunan kendiri.
  8. Mempamerkan kemahiran asas pengurusan dan keusahawanan dalam latar persekitaran pendidikan awal kanak-kanak.

Laluan Kerjaya

  1. Guru / Pendidik Tadika
  2. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
  3. Pembantu Pengurusan Murid
  4. Pengasuh Taska

Laluan Menyambung Pengajian

Semua IPTA dan IPTS

Memiliki SPM atau yang setaraf dengan minimum Kepujian dalam 3 mata pelajaran
MATAPELAJARAN KREDIT
MATAPELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU)
Bina Insan al-Hikmah 2
Asas Pengurusan dan Keusahawanan 3
intergriti dan Anti Rasuah 3
Pengajian Malaysia / Bahasa Melayu Komunikasi 3
MAJOR
Kurikulum Prasekolah3
Pertumbuhan Dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak3
Asas Bimbingan Awal Kanak-Kanak3
Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak3
Pedagogi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak3
Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Dalam PAKK3
Bahasa Malaysia Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak3
Kerohanian Dan Moral Pendidikan Awal Kanak-Kanak3
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah3
Bahasa Dan Literasi Awal Kanak-Kanak3
Pengajian Sosial Awal Kanak-Kanak3
English For Early Childhood3
Keselamatan, Kesihatan Dan Pemakanan3
Bahasa Arab Untuk Prasekolah3
Permuafakatan Keluarga Dan Komuniti Dalam PAKK3
Bahan Pengajaran Dalam Pendidikan Prasekolah3
Pengenalan Pendidikan Sains Dan Matematik Prasekolah3
Profesionalisme Keguruan3
Pengesanan, Pemerhatian Dan Penilaian PAKK3
Perancangan Penubuhan Dan Pengurusan Program Prasekolah3
Muzik, Pergerakan Kreatif Dan Drama Dalam PAKK3
Praktikum (Tadika)3
Praktikum (Taska)3
WAJIB KOLEJ
Fiqh Islami 3
BAHASA
Bahasa Arab Tahap I 2
Basic English 2
JUMLAH KREDIT: 90
Skip to content