DIPLOMA PERAKAUNAN (R3/0411/4/0167)
- Home
- DIPLOMA PERAKAUNAN (R3/0411/4/0167)
DIPLOMA PERAKAUNAN (R3/0411/4/0167)
DIPLOMA PERAKAUNAN (R3/0411/4/0167)
Sinopsis Program Diploma
Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk menjalankan tugas-tugas perakaunan. Program merangkumi pembelajaran luas asas-asas bidang perakaunan termasuk amalan perakaunan yang mengambil kira suasana teknologi baru seperti perakaunan digital dan online reporting, serta perakaunan Islamik. Keistimewaan pembelajaran perakaunan di KDH ialah pendekatan pembelajaran berasaskan nilai dan berhikmah berdasarkan Falsafah Pendidikan al-Hikmah.
Hasil Pembelajaran Program (Programme Outcome)
- Mempunyai pengetahuan asas perakaunan untuk mengenalpasti, mengklasifikasi, merekod, mengkategori dan melaporkan transaksi ekonomi.
- Menyediakan penyataan kewangan berdasarkan perakaunan yang diluluskan untuk organisasi.
- Menyediakan maklumat kewangan dan bukan kewangan bagi membantu pengurusan dalam membuat keputusan.
- Menyediakan laporan cukai untuk individu dan organisasi.
- Mengaudit entiti perniagaan dan bukan perniagaan.
- Mentafsir maklumat kewangan dan bukan kewangan untuk penilaian organisasi.
- Mengaplikasi pengetahuan melalui saranan dan penyelesaian isu-isu perakaunan.
- Merancang pengurusan kewangan dan mengaplikasi pengetahuan perakaunan dalam kehidupan.
Laluan Kerjaya
- Penolong Pegawai di sektor awam
- Penolong Akauntan
- Penolong Auditor
- Pembantu Perunding Kewangan Korporat
- Pembantu Pegawai Kredit
- Pembantu Perunding Cukai
- Pembantu Perunding Zakat
- Usahawan
Laluan Menyambung Pengajian
Semua IPTA dan IPTS
Memiliki SPM atau yang setaraf dengan minimum Kepujian dalam 1
mata pelajaran termasuk Matematik dan lulus Bahasa Inggeris
| MATAPELAJARAN | KREDIT |
|---|---|
| MATAPELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU) | |
| Bina Insan al-Hikmah | 2 |
| Asas Pengurusan dan Keusahawanan | 3 |
| Intergriti dan Anti Rasuah | 3 |
| Pengajian Malaysia / Bahasa Melayu Komunikasi | 3 |
| MAJOR | |
| Pengantar Perakaunan | 3 |
| Makroekonomi | 3 |
| Perakaunan Kewangan I | 3 |
| Mikroekonomi | 3 |
| Pengantar Statistik | 3 |
| Perakaunan Kewangan II | 3 |
| Matematik Perniagaan | 3 |
| Perakaunan Kewangan III | 3 |
| Undang-Undang Perniagaan | 3 |
| Perakaunan Kos | 3 |
| Pengenalan Kewangan | 3 |
| Pengauditan | 3 |
| Perakaunan Pengurusan | 3 |
| Sistem Maklumat Perakaunan | 3 |
| Teori Dan Amalan Perakaunan | 3 |
| Kewangan Peribadi | 3 |
| Percukaian | 3 |
| Undang-Undang Syarikat | 3 |
| WAJIB KOLEJ | |
| Fiqh Islami | 3 |
| Metodologi Penyelidikan | 3 |
| Praktikum | 3 |
| BAHASA | |
| Bahasa Arab Tahap I | 2 |
| Bahasa Arab Tahap II | 2 |
| English Level I | 2 |
| English Level II | 2 |
| English Level III | 2 |
| English Level IV | 2 |
| ELEKTIF | |
| Elektif | 6 |
| JUMLAH KREDIT: | 92 |
AKREDITASI MQA
AKREDITASI MQA
- (MQA/FA2639) (10/2030)
TEMPOH PENGAJIAN
TEMPOH PENGAJIAN
- Sepenuh Masa: 2 Tahun 1/4 Bulan
- Modular: 3 Tahun