DIPLOMA MUAMALAT (R2/0413/4/0028)(MQA/FA5073)(03/2030)
- Home
- DIPLOMA MUAMALAT (R2/0413/4/0028)(MQA/FA5073)(03/2030)
DIPLOMA MUAMALAT (R2/0413/4/0028)(MQA/FA5073)(03/2030)
DIPLOMA MUAMALAT (R2/0413/4/0028) (MQA/FA5073) (03/2030)
Sinopsis Program Diploma
Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang kompeten dan beretika dalam bidang muamalat yang merangkumi perbankan dan kewangan Islam. Pelajar akan didedahkan kepada prinsip dan amalan umum dalam industri kewangan dan perbankan. Penekanan diberi kepada urusniaga kewangan dan perbankan yang patuh syariah seperti dalam kontrak-kontrak mudharabah, musyarakah, tawarruq dan lain-lain. Melalui kurikulum yang holistik dan mampan, adalah diharapkan program ini dapat menyediakan modal insan yang mahir dan berupaya membantu masyarakat dalam amalan bermuamalah.
Hasil Pembelajaran Program (Programme Outcome)
- Memiliki pengetahuan kukuh mengenai konsep dan prinsip dalam muamalat.
- Dapat membezakan amalan dan kontrak urusniaga kovensional berbanding urusniaga Islamik terutama dalam bidang perbankan dan kewangan.
- Berupaya mengamalkan pengetahuan muamalat dalam bidang kerja masing-masing.
- Mendedahkan pelajar dengan kualiti kerja dan etika Islam.
- Memupuk budaya keusahawanan dan berupaya melihat peluang bagi hasil-hasil ciptaan baru yang akan memberi manfaat kepada masyarakat.
Laluan Kerjaya
- Penolong pegawai di Institusi Kewangan dan Perbankan
- Perunding Kewangan Syarikat Takaful dan Insuran
- Penolong Pegawai Pusat Kutipan Zakat
- Penolong Pegawai Majlis Agama Islam
- Penolong Pegawai Jabatan Agama Islam
- Penolong Pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Usahawan
Laluan Menyambung Pengajian
Semua IPTA dan IPTS
Memiliki SPM atau yang setaraf dengan minimum kepujian dalam 3
mata pelajaran dan lulus Matematik;
| MATAPELAJARAN | KREDIT |
|---|---|
| MATAPELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU) | |
| Bina Insan al-Hikmah | 2 |
| Asas Pengurusan dan Keusahawanan | 3 |
| Integriti dan Anti Rasuah | 3 |
| Pengajian Malaysia / Bahasa Melayu Komunikasi | 3 |
| MAJOR | |
| Pengantar Perakaunan | 3 |
| Pengenalan Takaful | 3 |
| Prinsip Ekonomi | 3 |
| Fiqh Muamalat | 3 |
| Pengantar Perniagaan Islam | 3 |
| Ekonomi Islam | 3 |
| Al-Qawaid al-Fiqhiyyah | 3 |
| Madkhal Ila Fiqh al-Islami | 3 |
| Mabadi fi Usul al-Fiqh | 3 |
| Asas Kontrak Islam | 3 |
| Pengurusan Zakat | 3 |
| Pengantar Kewangan | 3 |
| Nizam al-Maliah | 3 |
| Pengurusan Pusaka Islam | 3 |
| Isu-Isu Muamalat | 3 |
| Pengantar Internet dan E-Perdagangan | 3 |
| Tafsir Ayat dan Hadith Muamalat | 3 |
| Sistem Perbankan Islam | 3 |
| Pengenalan Risiko | 3 |
| Etika Dalam Islam | 3 |
| WAJIB KOLEJ | |
| Metodologi Penyelidikan | 3 |
| Praktikum | 6 |
| BAHASA | |
| Bahasa Arab Tahap I | 2 |
| Bahasa Arab Tahap II | 2 |
| English Level I | 2 |
| English Level II | 2 |
| English Level III | 2 |
| English Level IV | 2 |
| ELEKTIF | |
| Elektif | 3 |
| JUMLAH KREDIT: | 92 |
- MQA/FA5073
- Sepenuh Masa: 2 Tahun 1/4 Bulan
- Modular: 3 Tahun