DIPLOMA KAUNSELING (R3/0923/4/0004)(MQA/FA2241)(02/2029)
- Home
- DIPLOMA KAUNSELING (R3/0923/4/0004)(MQA/FA2241)(02/2029)
DIPLOMA KAUNSELING (R3/0923/4/0004)(MQA/FA2241)(02/2029)
DIPLOMA KAUNSELING (R3/0923/4/0004) (MQA/FA2241) (02/2029)
Sinopsis Program Diploma
Objektif program ini adalah untuk membangunkan pelajar yang mempunyai pengetahuan kaunseling yang luas serta terlatih dalam memberi khidmat kaunseling kepada masyarakat. Selain pendekatan empati, penekanan kepada konsep ‘hisbah’ (menyemak dan memperbaiki) juga dilaksanakan. Ini diharap dapat melahirkan graduan yang menguasai kemahiran komunikasi berkesan serta dapat mengendalikan sesi rundingcara yang baik dalam membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan negara sejahtera.
Hasil Pembelajaran Program (Programme Outcome)
- Menguasai ilmu asas dan pelbagai teori dalam semua subjek kaunseling.
- Mengenalpasti permasalahan klien secara holistik dan dapat menanganinya dengan cekap sama ada dari sudut kaunseling individu, keluarga, keibubapaan, perundingan dan lain-lain.
- Berupaya mentadbir dan mengaplikasi inventori dan mengendalikan latihan yang berkaitan dengan pembangunan diri dan kerjaya.
- Boleh berkomunikasi dan beradaptasi dengan klien dan mampu mengendalikan rundingcara secara individu, kelompok atau keluarga.
- Berupaya membantu pengendalian sesi kaunseling, membuat transkrip dan kemahiran menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat semua tugasan sama ada secara lisan atau bertulis.
- Cekap menggunakan kemahiran ICT untuk kegunaan di tempat kerja
Laluan Kerjaya
- Pembantu Kaunselor (dalam pelbagai bidang ie. sukan, industri dan organisasi, keagamaan dan lain-lain)
- Pekerja Perkhidmatan Sosial
- Agen Khidmat pelanggan
Laluan Menyambung Pengajian
Semua IPTA dan IPTS
Memiliki SPM atau yang setaraf dengan minimum Kepujian
dalam 3 mata pelajaran.
| KATEGORI / MATA PELAJARAN | KREDIT |
|---|---|
| MATAPELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU) | KREDIT |
| Bina Insan al-Hikmah | 2 |
| Asas Pengurusan dan Keusahawanan | 3 |
| intergriti dan Anti Rasuah | 3 |
| Pengajian Malaysia / Bahasa Melayu Komunikasi | 3 |
| MAJOR | KREDIT |
| Pengantar Psikologi | 3 |
| Psikologi Perkembangan Manusia | 3 |
| Pengantar Bimbingan dan Kaunseling | 3 |
| Falsafah dan Etika Bimbingan Kaunseling | 3 |
| Psikologi Sosial | 3 |
| Statistik untuk Sains Sosial | 3 |
| Teori Kaunseling dan Psikoterapi | 3 |
| Ujian dan Pengukuran dalam Sains Sosial | 3 |
| Teknik Kaunseling | 3 |
| Makmal Kaunseling Individu | 3 |
| Psikologi Personaliti | 3 |
| Psikologi dalam Perspektif Islam | 3 |
| Psikologi Bilazim | 3 |
| Kaunseling Keluarga | 3 |
| Kaunseling Pelbagai Budaya | 3 |
| Manusia dalam Al-Quran dan Al-Sunnah | 3 |
| Praktikum Kaunseling | 6 |
| WAJIB KOLEJ | KREDIT |
| Fiqh Islami | 3 |
| Metodologi Penyelidikan | 3 |
| BAHASA | KREDIT |
| Bahasa Arab Tahap I | 2 |
| Bahasa Arab Tahap II | 2 |
| English Level I | 2 |
| English Level II | 2 |
| English Level III | 2 |
| English Level IV | 2 |
| ELEKTIF | KREDIT |
| Elektif | 3 |
| JUMLAH KREDIT: | 92 |
AKREDITASI MQA
AKREDITASI MQA
- MQA/FA2241
TEMPOH PENGAJIAN
TEMPOH PENGAJIAN
- Sepenuh Masa: 2 Tahun 1/4 Bulan
- Modular: 3 Tahun