Pertanyaan?   +603-8925 2392

Pengenalan

MENGENAI KDH

Kolej Dar al-Hikmah (KDH)  adalah sebuah Institut Pengajian Tinggi swasta yang dimiliki oleh Bina Ilmu Sdn Bhd.  Ia di asaskan pada tahun 1989 sebagai Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPII) dan kemudian dijenamakan semula kepada Kolej Dar al-Hikmah pada 2002. Kampus KDH terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor.

KDH menawarkan beberapa program diploma iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Perguruan Prasekolah, Diploma Pengajian Syariah dan Diploma Usuluddin. Semua program yang ditawarkan memenuhi piawaian dan mendapat akreditasi daripada pihak MQA.

Misi KDH

  • Melaksanakan sistem pendidikan yang seimbang dari aspek ilmu, kemahiran dan nilai moral yang tinggi.

Visi KDH

  • Institut Pengajian Tinggi yang Unik, Cemerlang dan Gemilang

MATLAMAT

  • Membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan Tamadun Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.

MOTTO

“Membina Generasi Ilmuwan Ulu’l-Albab”