Pertanyaan?   +603-8925 2392

Majlis Konvokesyen ke-23 Kolej Dar al-Hikmah

Majlis Konvokesyen ke-23

Pihak Kolej Dar al-Hikmah mengucapkan tahniah kepada saudara & saudari kerana telah berjaya lulus dalam semua kursus yang disyaratkan!

Pengurusan Tertinggi KDH

Sukacita dimaklumkan bahawa saudara dan saudari dijemput hadir untuk menjayakan Majlis Konvokesyen ke-23 seperti butir-butir berikut:

  • Tarikh : 12 Mei 2018 (Sabtu)
  • Masa : 8.00 pagi -1.00 petang
  • Tempat : Bangi Convention Centre (BCC). Jalan Wawasan 1, Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor.

Yuran dan Pengesahan Kehadiran

Bagi menjayakan Majlis Konvokesyen ini, pihak Pengurusan Kolej mengenakan bayaran seperti berikut:

  • Yuran Bergraduat  – RM250.00
  • Sewa Jubah – RM50.00
  • Perkhidmatan/MQA – RM150.00
  • Gambar – RM30.00
  • Alumni – RM100.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM580.00

Bayaran hendaklah dibuat secara tunai/online/cek, atas:

Nama: Kolej Dar al-Hikmah
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad.
No. Akaun: 12029010019712

Pengesahan kehadiran dan bayaran hendaklah dibuat sebelum 23 April 2018.

  • Yuran Bergraduat  – RM250.00
  • Perkhidmatan/MQA – RM150.00
  • Alumni – RM100.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM500.00

Bayaran hendaklah dibuat secara tunai/online/cek, atas:

Nama: Kolej Dar al-Hikmah
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad.
No. Akaun: 12029010019712

Pengesahan kehadiran dan bayaran hendaklah dibuat sebelum 23 April 2018.

Kajian Pengesanan Graduan

Graduan diingatkan supaya mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan yang boleh didapati di portal http://graduat.mohe.gov.my dari 12 April 2018 sehingga 18 Mei 2018.

Slip pengesahan yang telah dicetak dari portal tersebut perlu dibawa bersama semasa pengambilan jubah pada 7-11 Mei 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kajian Pengesanan Graduan ini, saudara/saudari boleh menghubungi Puan Zawati Omar atau Cik Siti Hajar Samian di talian 03-8925 2392.

Penginapan

Untuk makluman pihak saudara/saudari, pihak Kolej tidak menyediakan tempat penginapan untuk Majlis Konvokesyen ini, dan ianya perlu diuruskan sendiri oleh pihak saudara/saudari.

GARIS PANDUAN PENERIMA SIJIL/ DIPLOMA KOLEJ DAR AL-HIKMAH

1. PAKAIAN (WAJIB)

Lelaki

  • Baju Melayu lengkap berwarna gelap.
  • Bersongkok hitam.
  • Rambut mestilah pendek dan kemas.

Perempuan

  • Baju Kurung/Kebarung (tidak dibenarkan memakai kain berbelah).
  • Bertudung Putih.
  • Pemakaian Jubah tidak dibenarkan

* Nota – Saudara/i diwajibkan memakai kasut bertutup. (Selipar/sandal tidak dibenarkan sama sekali).

2. TETAMU

Hanya tetamu yang membawa kad jemputan sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan.

* Kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

3. TAKLIMAT RAPTAI

Para graduan diwajibkan mendengar taklimat dan menghadiri latihan raptai konvokesyen pada:

  • Tarikh : 11 hb Mei 2018 (Jumaat)
  • Masa : 2.30 petang
  • Tempat : Bangi Convention Centre (BCC). Jalan Wawasan 1, Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor.
4. KAMERA

Jurukamera Profesional telah disediakan semasa majlis berlangsung. Penggunaan kamera individu hanya dibenarkan di tempat duduk masing-masing sahaja.

5. JUBAH

Semua graduan diminta mengambil jubah mulai pada:

  • Tarikh : 7 Mei 2018 -11 Mei 2018 (Isnin-Jumaat sahaja)
  • Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari / 2.30 petang – 4.30 petang.
  • Tempat : Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah.

Bayaran akan dikenakan sebanyak RM 50 jika jubah lewat dipulangkan seminggu selepas tarikh Majlis Konvokesyen ke- 23 dan RM 200 jika jubah hilang.

6. DIPLOMA

Diploma boleh diambil di Pejabat Akademik Kolej mulai 16hb Julai 2018.