Pertanyaan?   +603-8925 2392

Jadikan KDH Pilihan Utama Anda...

Dengan Program-program Pengajian Diploma @KDH

Pilihan Kini Di Tangan Anda

KDH menawarkan program-program Pengajian Diploma yang berteraskan nilai-nilai murni Islam, demi melahirkan tenaga kerja professional Islam - sejajar dengan keperluan industri.

Selain daripada itu, KDH juga diterajui oleh nama-nama besar dalam memartabatkan ilmu, khususnya di Malaysia.

Sebagai kolej Islam yang terawal di Malaysia, KDH mempunyai sejarah yang lama di dalam bidang pendidikan dan telah menghasilkan ribuan graduan Islam sejak tahun 1989.

Program Diploma di KDH

Pengajian Syariah, Pengajian Pengurusan & Muamalah atau Pengajian Pendidikan?
Semak senarai program-program tawaran kami di bawah!


Pengajian Pengurusan & Muamalah

Diploma Perakaunan KDH

Diploma Perakaunan

Diploma Perakaunan yang ditawarkan oleh KDH telah melahirkan graduan yang berupaya memiliki pengetahuan dan

Diploma Muamalat KDH

Diploma Muamalat

Diploma Muamalat merupakan salah satu program pengajian yang ditawarkan oleh KDH untuk memberikan pendedahan kepada

Pengajian Diploma Takaful KDH

Diploma Takaful

Diploma Takaful yang ditawarkan oleh KDH ini dibangunkan khusus untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan

 

Pengajian Pendidikan

Diploma Pra Sekolah KDH

Diploma Perguruan Pra Sekolah

Diploma Perguruan Pra Sekolah ini dibangunkan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran

Diploma Kaunseling KDH

Diploma Kaunseling

Diploma Kaunseling menawarkan pengajian dalam bidang Kaunseling pada peringkat Diploma. Pembelajaran menggunakan

Diploma Psikologi KDH

Diploma Psikologi

Diploma Psikologi di KDH bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada pengetahuan asas dan teori di dalam

 

Pengajian Syariah

Diploma Pengajian Syariah Kolej Dar al-Hikmah

Diploma Pengajian Syariah

Diploma Pengajian Syariah daripada KDH merupakan kursus yang memberi fokus terhadap pembinaan kemahiran pelajar di

Diploma Usuluddin

Diploma Usuluddin yang ditawarkan di KDH bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar bagi mendalami bidang-bidang

 

KDH Pilihan Utama Anda

Samada anda merupakan pelajar lepasan SPM mahupun STPM, kami menawarkan pilihan-pilihan terbaik untuk anda menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran untuk menerajui masa depan yang lebih baik.

YURAN BERPATUTAN

Dengan dasar konsep saling bantu-membantu, KDH menawarkan yuran pengajian serendah RM13,810 / tanpa penginapan dan RM17,410 / dengan penginapan – agar anda tidak terlalu terbeban dengan pinjaman pelajaran yang tinggi setelah menamatkan pengajian kelak.

PEMBELAJARAN SECARA ISLAMIK

Di KDH, kursus-kursus Islam seperti Fiqh Islami & Peradaban Islam dijadikan sebagai subjek wajib kolej, melengkapi subjek-subjek lain yang berkaitan dengan program pengajian anda. Ini dibuat demi melahirkan tenaga profesional Islam yang beriman, berilmu, berakhlak, komited dan berdaya maju.

KREDIBILITI KDH

Dengan moto “Membina Generasi Ilmuwan Ulu'l Albab“, KDH diterajui oleh para ilmuwan yang berpengalaman luas di dalam bidang mereka. Sejak tahun 1989, KDH sebagai Kolej Islam terawal di Malaysia telah melahirkan ribuan graduan tenaga profesional Islam khususnya di Malaysia.

PENGIKTIRAFAN

KDH juga telah menerima penarafan 4 bintang untuk Penilaian Kolej-kolej Malaysia (MyQuest) yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Penarafan ini merupakan penilaian oleh KPT terhadap IPTS di seluruh Malaysia.

Mengenai KDH

KDH mula beroperasi pada tahun 1989 dan merupakan antara kolej swasta Islam yang terawal ditubuhkan di Malaysia.

Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dahulu dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI). Ia mula beroperasi pada tahun 1989 dan merupakan kolej swasta Islam yang terawal ditubuhkan di Malaysia. Perubahan nama kepada Kolej Dar al-Hikmah (KDH) berkuatkuasa pada 1 Muharram 1423/15 Jun 2002. KDH bernaung di bawah Syarikat Bina Ilmu Sdn. Bhd milik Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Dan Koperasi Belia Islam (KBI).

Matlamat KDH adalah untuk membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan Tamadun Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Dan bagi memenuhi hasrat itu, KDH telah meletakkan kursus-kursus asas Islam sebagai subjek wajib kolej dan menggabungkannya dengan program profesional/akademik untuk melahirkan sumber manusia yang beriman, berilmu, berketrampilan, berakhlak, komited dan berdaya maju.