Pertanyaan?   +603-8925 2392

Diploma Muamalat

Diploma Muamalat merupakan salah satu program pengajian yang ditawarkan oleh KDH untuk memberikan pendedahan kepada pelajar cara pengurusan dan pengendalian muamalat yang terkini dan menyakinkan.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang membawa nama Islam, KDH terpanggil untuk melahirkan graduan-graduan Islam yang boleh menyumbangkan kemahiran separa profesional dalam Syariah dan Muamalat Islam di Malaysia. Di samping itu, para graduan yang dihasilkan boleh juga bertindak sebagai pendakwah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dan keuntungan menggunakan produk-produk kewangan yang berlandaskan syarak.

Prospek Kerjaya

Graduan Diploma program ini menjadi rebutan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja. Di antara institusi yang berkaitan adalah seperti berikut:

  • Institusi Kewangan dan Perbankan
  • Syarikat Takaful dan Insuran
  • Pusat Kutipan Zakat
  • Majlis Agama Islam
  • Jabatan Agama Islam
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Syarat Kemasukan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 Kepujian/ Kredit termasuk salah satu daripada matapelajaran berikut: Matematik/Prinsip Akaun/Perdagangan/Ekonomi Asas atau setaraf dengannya.

Wajib MQA

  • Pengajian Malaysia – Kredit: 3

Major

  • Pengantar Perakaunan – Kredit: 3
  • Mikroekonomi – Kredit: 3
  • Makroekonomi – Kredit: 3
  • Asas Kontrak Islam – Kredit: 3
  • Pengantar Perniagaan Islam – Kredit: 3
  • Matematik Perniagaan- Kredit: 3
  • Ekonomi Islam – Kredit: 3
  • Tafsir Ayat & Hadith Muamalat – Kredit: 3
  • Pengurusan Zakat – Kredit: 3
  • Pengantar Kewangan – Kredit: 3
  • Pengurusan Pusaka Islam – Kredit: 3
  • Sistem Percukaian Islam – Kredit: 3
  • Islamic Banking Practice – Kredit: 3
  • Introduction to Information and Communication Technology – Kredit: 3
  • Introduction to Risk Management, Takaful and Insurance – Kredit: 3
  • Nizam al-Maliah – Kredit: 3

Wajib Kolej

  • Fiqh Islami – Kredit: 3
  • Peradaban Islam – Kredit: 3
  • Pengantar Pengurusan – Kredit: 3
  • Metodologi Penyelidikan – Kredit: 3
  • Projek Akhir/Latihan Industri – Kredit: 3
  • Ko-Kurikulum/Usrah – Kredit: 1

Bahasa

  • Bahasa Arab I – Kredit: 2
  • Bahasa Arab II – Kredit: 2
  • English Level I – Kredit: 2
  • English Level II – Kredit: 2
  • English Level III – Kredit: 2
  • English Level IV – Kredit: 2

Elektif

  • Subjek Pilihan- Kredit: 3

JUMLAH KESELURUHAN: 91 KREDIT

Yuran Pengajian (Pelajar Tempatan)

1) Yuran Pendaftaran ( Tidak Berulang )

  • Yuran Minggu Orientasi/Taaruf RM150.00 x 1 semester
  • Yuran Hemat Diri RM100.00 x 1 semester
  • Yuran Tag Nama RM50.00 x 1 semester
  • Yuran Sukan/Rekreasi/Jurnal RM200.00 x 1 semester
  • Yuran Kebajikan/Takaful RM300.00 x 1 semester

2) Yuran Pendaftaran ( Berulang Setiap Semester )

  • Yuran Pendaftaran RM 150.00 x 6 semester = RM900.00
  • Yuran HEP RM 50.00 x 6 semester = RM300.00
  • Yuran Perpustakaan RM 50.00 x 6 semester = RM300.00
  • Yuran Makmal Komputer RM50.00 x 6 semester = RM300.00
  • Yuran Peperiksaan RM200.00 x 6 semester = RM1,200.00

3) Yuran Pengajian ( RM110/Kredit )

  • Semester 01: RM110.00 x 15 Jam/Kredit = RM1,650.00
  • Semester 02: RM110.00 x 15 Jam/Kredit = RM1,650.00
  • Semester 03: RM110.00 x 16 Jam/Kredit = RM1,760.00
  • Semester 04: RM110.00 x 16 Jam/Kredit = RM1,760.00
  • Semester 05: RM110.00 x 15 Jam/Kredit = RM1,650.00
  • Semester 06: RM110.00 x 14 Jam/Kredit = RM1,540.00

4) Yuran Asrama ( RM600/Semester )

  • Semester 01 – 06: RM600.00 x 6 Semester = RM3,600

JUMLAH KESELURUHAN: RM17,410.00

* Jumlah ini tidak termasuk yuran “Basic Bahasa" :
Basic 1 Bahasa Inggeris – RM220.00
Basic 2 Bahasa Inggeris – RM220.00
Basic 1 Bahasa Arab – RM220.00
Basic 2 Bahasa Arab – RM220.00
Yuran ini perlu dibayar sekiranya pelajar perlu menduduki dahulu 'Basic Bahasa' sebelum mengikuti peringkat “Level'.