Pertanyaan?   +603-89121608

Diploma Kaunseling (R2/762/4/0048)(02/2024)

Sinopsis Program Diploma

Objektif program ini adalah untuk membangunkan pelajar yang mempunyai pengetahuan kaunseling yang luas serta terlatih dalam memberi khidmat kaunseling kepada masyarakat. Selain pendekatan empati, penekanan kepada konsep ‘hisbah’ (menyemak dan memperbaiki) juga dilaksanakan. Ini diharap dapat melahirkan graduan yang menguasai kemahiran komunikasi berkesan serta dapat mengendalikan sesi rundingcara yang baik dalam membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan negara sejahtera.

Hasil Pembelajaran Program (Programme Outcome)

  1. Menguasai ilmu asas dan pelbagai teori dalam semua subjek kaunseling.
  2. Mengenalpasti permasalahan klien secara holistik dan dapat menanganinya dengan cekap sama ada dari sudut kaunseling individu, keluarga, keibubapaan, perundingan dan lain-lain.
  3. Berupaya mentadbir dan mengaplikasi inventori dan mengendalikan latihan yang berkaitan dengan pembangunan diri dan kerjaya.
  4. Boleh berkomunikasi dan beradaptasi dengan klien dan mampu mengendalikan rundingcara secara individu, kelompok atau keluarga.
  5. Berupaya membantu pengendalian sesi kaunseling, membuat transkrip dan kemahiran menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat semua tugasan sama ada secara lisan atau bertulis.
  6. Cekap menggunakan kemahiran ICT untuk kegunaan di tempat kerja.

Kerjaya

  1. Pembantu Kaunselor (dalam pelbagai bidang ie. sukan, industri dan organisasi, keagamaan dan lain-lain)
  2. Pekerja Perkhidmatan Sosial
  3. Agen Khidmat Pelanggan

Laluan Menyambung Pengajian

  1. UIAM
  2. UKM
  3. UPSI
  4. UPM
  5. USIM
  6. Griffith College, Dublin Ireland

Syarat Kemasukan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 Kepujian/ Kredit atau setaraf dengannya.

Wajib MQA

  • Pengajian Malaysia – Kredit: 3

Major

  • Pengantar Bimbingan & Kaunseling – Kredit: 3
  • Teori Kaunseling & Psikoterapi Teknik Kaunseling – Kredit: 3
  • Makmal Kaunseling Individu – Kredit: 3
  • Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya – Kredit: 3
  • Kaunseling Kelompok – Kredit: 3
  • Kaunseling Keluarga – Kredit: 3
  • Kaunseling Pelbagai Budaya – Kredit: 3
  • Falsafah dan Etika Bimbingan Kaunseling – Kredit: 3
  • Pengantar Psikologi – Kredit: 3
  • Psikologi Perkembangan Manusia – Kredit: 3
  • Psikologi Sosial – Kredit: 3
  • Psikologi Personaliti – Kredit: 3
  • Psikologi Bilazim – Kredit: 3
  • Psikologi dalam Perspektif Islam – Kredit: 3
  • Statistik Untuk Sains Sosial – Kredit: 3
  • Ujian & Pengukuran dalam Sains Sosial – Kredit: 3
  • Manusia dalam Al-Quran & Sunnah – Kredit: 3

Wajib Kolej

  • Fiqh Islami – Kredit: 3
  • Peradaban Islam – Kredit: 3
  • Pengantar Pengurusan – Kredit: 3
  • Metodologi Penyelidikan – Kredit: 3
  • Praktikum Kaunseling – Kredit: 6
  • Ko-Kurikulum/Usrah – Kredit: 1

Bahasa

  • Bahasa Arab I – Kredit: 2
  • Bahasa Arab II – Kredit: 2
  • English Level I – Kredit: 2
  • English Level II – Kredit: 2
  • English Level III – Kredit: 2
  • English Level IV – Kredit: 2

Elektif

  • Subjek Pilihan- Kredit: 3

JUMLAH KESELURUHAN: 91 KREDIT