Pengenalan
Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dahulu dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI). Ia mula beroperasi pada tahun 1989 dan merupakan kolej swasta Islam yang terawal  ditubuhkan di Malaysia.

Perubahan nama kepada Kolej Dar al-Hikmah (KDH) berkuatkuasa pada 1 Muharram 1423/15 Jun 2002. KDH bernaung di bawah Syarikat Bina Ilmu Sdn. Bhd milik Angkatan  Belia Islam Malaysia (ABIM) Dan Koperasi Belia Islam (KBI).

Penubuhan KDH adalah sebagai penerusan program tarbiyah dan dakwah ABIM yang bermula daripada Taman Asuhan kanak-kanak Islam (TASKI), Sekolah Rendah Islam (SERI)  dan Sekolah Menengah Islam (SEMI). Matlamat KDH adalah untuk membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan Tamadun  Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Bagi memenuhi hasrat itu KDH menyediakan kursus-kursus asas Islam sebagai subjek wajib kolej dan menggabungkannya dengan program profesional/akademik untuk  melahirkan sumber manusia yang beriman, berilmu, berketrampilan, berakhlak, komited dan berdaya maju.


VISI

Institusi Pengajian Tinggi Yang Unik, Cemerlang dan Terbilang.

MISI 
Menyediakan pendidikan bersepadu di peringkat pengajian tinggi.

Melaksanakan tarbiah yang lengkap dan seimbang jasmani, aqli dan rohani.

Membina generasi yang bertaqwa, berketrampilan, relevan dan komited.